Kerjaya di UIM


Mohon PEGAWAI KEWANGAN KANAN UP4 / 25 JULAI 2017 - 07 OGOS 2017 (1 Kekosongan)

Nama Jawatan : Pegawai Kewangan Kanan UP4

Tetap: Percubaan 6 - 12 bulan

Waktu Bekerja : 9.00 pagi - 5.30 petang

Tarikh Tutup : 07 Ogos 2017

Kemudahan lain : Kemudahan Perubatan, Pusat Kecergasan & Perpustakaan

Lokasi :  Cyberjaya

Gaji : RM 3,668.00 – 10,165.00

Elaun : RM1,500.00

 

Bidang Tugas Pegawai Kewangan Kanan UP4 (Kewangan):

  1. Menyediakan Laporan Akaun dan Laporan Penyata Kewangan;
  2. Menyediakan laporan lengkap kewangan bagi tujuan audit;
  3. Menjalankan kerja-kerja perakaunan, kewangan dan pengurusan
  4. Membuat penyata penyesuaian bank;
  5. Penyediaan Belanjawan tahunan dan bulanan serta belanjawan aktiviti UIM
  6. Pengurusan Perolehan seperti pembelian; pesanan rasmi; tender dll.
  7. Pengurusan Aset; dan Inventori;
  8. Mengurus Akaun Pungutan Terimaan (Wang Dana, Yuran; dll)
  9. Mengurus Akaun Bayaran;
  10. Mengurus Kredit;
  11. Mengawal pentadbiran harian dan urusan kakitangan
  12. Mengawal dan memastikan aktiviti kewangan mengikut perancangan
  13. Mengawal dan memantau kredit (cash in / cash out - flow)
  14. Menyemak penyata penyesuaian bank (bank reconciliation)
  15. Pengurusan tunai dan pelaburan (investment)
  16. Menyemak Penyediaan Arahan Gaji & Dokumen Gaji Kakitangan UIM.
  17. Bertanggungjawab dalam urusan kewangan dan aset Pejabat / Bahagian / Unit.
  18. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

Syarat-syarat Permohonan Pegawai Kewangan Kanan UP4 (Kewangan):

  1. Warganegara Malaysia;
  2.  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  4. Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris dalam pertuturan dan penulisan.
  5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia;
  6. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia atau Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  7. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelulusan Certified Certificate dari mana – mana pusat akauntan yang diiktiraf.
  8. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dengan sistem kewangan, pembayaran gaji, bajet, penyata bank, laporan kewangan, belanjawan tahunan dan sebagainya.
  9. Mempunyai pengalaman dalam mengurus akaun pungutan dan bayaran.
  10. Mempunyai pengalaman sekurang – kurangnya minimum 3 tahun dalam bidang tersebut.

Mohon PEGAWAI BAHASA UP5 / 26 JULAI 2017 - 31 JULAI 2017 (1 Kekosongan)

Nama Jawatan : Pegawai Bahasa UP5

Tetap: Percubaan 6 - 12 bulan

Waktu Bekerja : 9.00 pagi - 5.30 petang

Tarikh Tutup : 31 Julai 2017

Kemudahan lain : Kemudahan Perubatan, Pusat Kecergasan & Perpustakaan

Lokasi :  Cyberjaya

Gaji : RM 2,069.00 – 9,283.00

Elaun : RM1,200.00

 

Bidang Tugas Pegawai Bahasa UP5 (Penerbitan, Bahasa dan Penterjemahan):

  1. Bertanggungjawab menilai dan membuat laporan penilaian tentang bahasa manuskrip untuk Jawatankuasa Penerbitan.
  2. Bertanggungjawab menyemak dan membuat bacaan pruf bahan-bahan cetakan.
  3. Memberi khidmat semakan dan penyuntingan dari segi bahasa untuk segala bahan yang dikeluarkan atau diterbitkan oleh  mana – mana pihak di Universiti / UIM Press termasuk yang diterbitkan di laman sesawang.
  4. Bertanggungjawab membantu segala pengurusan, pengawalan, pemantauan dan pelaksanaan projek yang dikendalikan:
  5. Menyediakan Kertas Awalan projek.
  6. Menguruskan pelantikan Jawatankuasa.
  7. Menguruskan surat-menyurat yang berkaitan dengan pelaksanaan projek.
  8. Menguruskan pelantikan karyawan/pakar bagi tujuan pelaksanaan projek.
  9. Bertindak sebagai urus setia dan memastikan projek yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.
  10. Bertanggungjawab mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk membantu perancangan projek khususnya projek penerbitan yang boleh merangkumi aspek penulisan, penterjemahan, penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, proses - proses kerja penerbitan.

  

Syarat-syarat Permohonan Pegawai Bahasa UP5 (Penerbitan, Bahasa dan Penterjemahan):

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Memiliki Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. SYARAT BAHASA; Fasih bertutur dan profisien dalam penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  5. PENGALAMAN BERKAITAN; Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sama ada dalam bidang bahasa, penterjemahan atau penerbitan.